Assalamualaikum ayiesha nabiela

salji

1

tanda love

Angel Wing Heart

monyet teropong

Wednesday, March 28, 2012

Antara AKU Dengan Mereka ...




 

ASSALAMUALAIKUM WAROHMATULLAHI WABAROKAATUH.

Pertama sekali saya ingin memohon seribu keampunan dengan apa yang saya ingin luahankan disini. Apa yang saya ingin luahkan disini berkemungkinan ada kaitan dengan sesetengah pihak mahupun individu, tetapi percayalah saya menulis untuk meluahkan apa yang terbuku dihati saya selama ini. Pohon keampunan kepada individu A.S dan M.S . Saya menggunakan nama anda berdua. Kepada-Nya aku memohon petunjuk. Aku yakin apa yang terjadi ini ada hikmahnya dan aku redha dengan semua itu walaupun perit. Niat saya untuk menceritakan apa yang berlaku sebenarnya. Jika A.S dan M.S sedang membaca apa yang diluahkan ini, percayalah ini semua hanyalah dijadikan kenanagn antara kita bersama.

Kira-kira 7 bulan lalu aku mengenali A.S. Sungguh ! . Yakin sangat masa tu. Dengan cara bercakap, cara dia menasihati, amalan gaya hidupnya dan sikapnya memenuhi syarat-syarat  kelayakan. Paling penting, agama dan amal ibadatnya. Aku juga terpanggil untuk melakukan amal ibadat yang kadang-kala aku lalai. Dia berlatar belakangkan agama. Namun, ada perbezaan antara kami. Dia hidup dalam kesempurnaan dan kekayaan tapi aku? Apa yang ada pada diriku melainkan kesederhanaan. Aku tidak kaya. Aku juga tidak sesempurna dirinya. Maaf, dengan apa yang aku katakan. Daripada rakan-rakan, aku merahsiakan perhubungan kami. Dia terlalu baik untukku. Bermula dari rakan menjadi seterusnya. Pelbagai kisah dikongsi bersama. Sedih, gembira , teruja dan bermacam-macam lagi. Sepanjang 4 bulan lebih kami berhubung, hanya sekali !!! aku bertemu itu pun bukannya face to face.  Kebetulan sahaja dan tidak pernah berbual berdepan dengannya. Kami selesa dengan cara itu. Walaupun jarak kami hanya dipisahkan oleh sebuah jambatan terpanjang, namun niat untuk bertemu tidak sama sekali dibangkitkan. Hari demi hari, komunikasi antara kami mulai renggang dek kerana menyelesaikan tanggungjawab utama. Dia dengan cara dia dan aku dengan cara ku tersendiri. Berharap selepas selesai tanggungjawab itu, kami dapat berkomunikasi semula. Doa dan harapan untuk berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat dilafazkan moga-moga beroleh kejayaan. Dalam tempoh itu juga, kami bertukar-tukar warkah dengan bantuan 'Pos Malaysia' dengan bersetemkan RM 1. Hanya sekali kami berutus warkah. Pertama kali melihat tulisan tangannya, KEMAS dan CANTIK. Jantung kedengaran 'dup dap dup dap' . Harrgghh, sudah-sudah jangan lebih-lebih. Bukan apa, agak teruja melihat tulisan kaum Adam sekemas begitu. Hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Berperang demi mencapai kejayaan. Setelah hampir sebulan, Alhamdulillah, akhirnya selesai juga perjuangan aku, dia dan rakan-rakanku yang lain. Sepanjang tempoh itu juga aku dan dia kurang berkomunikasi. Tapi itu tidak penting. Hubungan komunikasi dengan Maha Pencipta lebih diutamakan. 

Setelah menunggu berdetik-detik dengan penuh harapan menanti perkhabaran, namun hampa!! . Sunyi sepi. Aku 'menggagahkan' diri untuk bertanyakan dia, itu dan ini. Namun, hampa lagi !! . Aku cuba memujuk hati sendiri dengan berfikiran positif. Malam itu, aku bersama teman rapatku berbual-bual berceritakan itu dan ini. Sambil berbual-bual, jari jemariku pantas menaip abjad-abjad yang bergabung menjadi perkataan yang membawa maksud. Setelah selesai, aku menghantar kepadanya dengan kos ' 2 mesej 1 sen' . Lama juga menunggu respon daripadanya. Namun, yang dibalas ' nanti kita mesej lain ye, ada hal ni ' . Oohh, itu sahaja yang dikatakan olehnya. Berfikiran positif wahai hatiku. Tiba-tiba ilham jahat bertandang. Dengan bantuan Eyka ( bukan nama sebenar ) ,  aku mengujinya. Eyka melakonkan wataknya dengan baik sekali, cuba mempengaruhi A.S . Jari jemari Eyka bergerak seiring dengan otak aku berfikir mencari helah dan akhirnya menekan button SEND . Tak sabar hati ini menanti jawapan. Tak sampai 5 minit, telefon bimbit Eyka berdering dengan nada yang menandakan 1 pesanan ringkas telah diterima. Sekali lagi jantungku laju berdenyut. Aduhhh, apa lagi. Kerisauan bercampur prasangka mula menyapa. Jadi tepatlah tekaanku selama ini. Hancur luluh hatiku. Air mata mulai mengalir tapi disembunyikan. Tiba-tiba hidung mulai berair dan resdung dikatakan puncanya. Hati ini tetap bersabar. Tiada guna menangis. ' Teganya kau menari di atas tangisanku, kau permain aku sesuka hati mu ' . Jawapan yang aku terima daripadanya sebelum ini dikatakan bahawa dia ada urusan ternyata meleset. Lakonan Eyka benar-benar berjaya. Paling terguris sehinggakan A.S sanggup menelefon dan meminta gambar yang perlu dihantar melalui  ' MMS ' daripada teman rapatku itu untuk ditatap. A.S, ini yang kau katakan kau ada urusan !! . Dengan akal yang boleh diterima, aku dan Eyka mencari helah supaya gambar tidak dihantar, takut ' terkantoi ' nanti. Akhirnya aku terlena bersama air mata yang mengalir bersama selsema yang dikatakan berpunca daripada resdung tadi.

Aku perlukan penjelasan. Sangat perlu. Dengan mengumpul segala semangat dan ketabahan, aku memberanikan diri unutk bersuara. Aku yakin inilah jalan terakhir. Jari-jemari mulai menggeletar tatkala menaip satu persatu perkataan sementara akal berputar sehabis mungkin menjadi ilham untuk bersuara dengan tertib dan berhemah supaya selesai dengan aman. SUNGGUH !!! Aku amat membencikan  pergaduhan dan permusuhan. Teramat benci. Seboleh mungkin sepanjang hidupku ini tidak ada dalam kamus hidupku apa itu MUSUH dan siapa yang terlibat. ' Muka buku' menjadi penghubung luahan ini ditulis. Seolah-olah bagaikan cerpen pendek luahan diriku untuk bertanyakan hal yang sebenar. Lega dengan apa yang diluahkan itu. Moga-moga ini dapat diselesaikan dengan damai. Lebih 5 minit menantikan jawapan. Akhirnya, aku sudah mempunyai jawapan yang padat untuk menerangkan segalanya. Tak perlulah aku menyatakan apa jawapan darinya. Sakit sebenarnya hati ini. Tapi, salah aku juga kerana bermain dengan api. Dah tahu hati tak sanggup, kenapa dan mengapa menerima juga pada permulaannya. Masing-masing ada tanggungjawab. Aku dan dia anak sulung. Tanggungjawab berat harus dipikul. Manusia mana tak pernah melakukan kesalahan. Aku antara manusia itu. Kata sepakat telah dibuat. Hubungan kami tidak terhenti begitu sahaja. Kami masih lagi berkawan rapat, bercerita antara satu sama lain hingga ke hari ini. Itu yang sepatutnya kan. Perkembangan terbaru mengenainya sering aku perolehi. Paling mengembirakan tatkala mengetahui dia akan menziarahi kota suci, sudah cukup mengembirakan hatiku. Bertuahnya dia. Aku juga memasang angan-angan untuk ke sana tapi entah bila.  Kita hanya merancang, dan Allah yang menentukan. Ingatlah ketentuan dan takdir Allah itu lebih baik.

Berbicara pula meengenai M.S . Baik, aktif bersukan dan tertib, itu MS yang aku kenali. Aku mengenalinya di alam hingusan ketika umurku 11 dan 12 tahun. Kami berlainan sekolah namun  1 tempat dalam kelas tambahan. Namun ketika itu, pelajaran yang diutamakan. UPSR menanti. Setelah tamat pelajaran bagi pangkat UPSR, kami terputus hubungan. Tanpa khabar berita. Senyap tak selamanya. Dalam situasi yang tak diduga, kami dipertemukan semula. Namun ketika itu, aku masih bersama A.S . Hubungan aku dengan M.S pula sekadar sebagai sahabat seperti dahulu. Aku dan M.S hanya berhubung dalam mukabuku sahaja ketika itu. Dan jarang sangat kami berkomunikasi. Apa yang dibualkan hanyalah sebagai sahabat. Dan sekali lagi aku bermain dengan api. TAK SERIK KAH AKU NI? aku tak minta pun ini semua berlaku. Hubungan kami kian rapat di saat penghujung tahun 2011. Semakin lama, semakin rapat hubungan kami. Dan ibuku juga mengenalinya. Dimana? Bagaimana? . Ketika itu, aku bersama ibuku ingin menyelesaikan urusan, tatkala itu secara kebetulan bertemu dengan M.S . Kisah, cerita , pengakuan dan sebagainya dikongsi. Kadang-kala terlintas A.S dalam fikiran ku. Setelah 3 bulan semakin dekat aku terperangkap dengan api yang aku nyalakan sendiri. Mula merasakan seolah-olah hati tengah berbunga-bunga. Walau apa pun, yang penting adab pergaulan mesti dijaga. Berharapkan selamanya panas hingga ke petang, rupanya hujan dan guruh di pagi hari. Kami diduga. Aku mengetahui dia mempunyai hubungan dengan seseorang. Dan gadis itu sendiri antara teman ku ketika di alam UPSR. Dugaan. Dugaan. Gadis itu aku cukup kenal. Nyata, dia jauh lebih sempurna dariku. Dia berilmu. Dia beriman dan tentunya baik budi bahasanya. Apa sangat yang hendak dibandingkan denganku yang jauh ketinggalan dibelakang dan jurang yang cukup berbeza. Dengan gaya penulisan yang dihantar ke laman sosial M.S, sudah cukup memberi jawapan sebenar. Aku mahukan kepastian. Aku mula bertanyakan itu dan ini kepada M.S .  Namun, jawapan yang diterima dianggap kurang jelas bagiku. ' Kawan sekerja ketika bekerja sementara menunggu keputusan untuk menyambung pelajaran' . Aku meminta maaf dengan apa yang berlaku kepada M.S mungkin aku yang salah faham .Mungkin aku yang terlampau bersikap sedemikian. Namun, kenyataan terbaru daripada gadis itu sendiri, telah meragut sedikit kepercayaan aku kepada M.S semula. Aku mulai curiga. Tetapi, tidak kutunjukkan kepadanya. Aku mesti bersikap positif. Jika benar M.S bersama gadis tersebut. Aku harus menerimanya. Mereka berdua sahabat aku sendiri. Seboleh-bolehnya jangan ada dendam dan niat untuk memutuskan silaturrahim.  Biar aku yang mengalah dalam hal ini kerana aku sendiri yang bersalah. Aku tak pernah serik untuk bermain dengan api. Akhirnya, aku sendiri yang terbakar. Adakah pelangi akan muncul tatkala hujan dan guruh menyapa? Kepada-Nya aku berdoa. Kepada-Nya aku merintih agar semua ini dapat diselesaikan dengan segera. Luahan ini tidak terhenti disini, dimana ada permulaan, mesti ada pengakhirannya. Entah bila semua ini akan berakhir.
       
 * M.S, jika kamu membaca apa yang saya luahkan ini, fahamilah. Jangan biarkan terus terpendam begitu  sahaja. Saya dan mungkin barangkali gadis tersebut juga memerlukan jawapan yang sebenar. Tapi yang pasti aku tidak akan bermain dengan api lagi. Aku ingin memendam rasa ini biarlah pada kaum Adam yang berhak pada suatu hari nanti. Sekarang, aku perlu pikul tanggungjawab yang aku tinggalkan selami ini. 

* A.S , ingat tau, apa yang saya cakap sebelum ini. DIAM tak semestinya selesai segala masalah. Kadang-kala mesti diluahkan. Apa yang berlaku itu ada sebabnya tersendiri. Jangan bertindak mendiamkan diri, bermakna akan dapat menyelesaikan segalanya yang berlaku. Ada kalanya kita perlukan penjelasan.

* Buat keluarga dan teman sekalian, terima kasih. Kini, aku mampu tersenyum. Nasihat dan didikan yang diberikan kepadaku cukup mematangkan diriku. Terima kasih Ya Allah..

               " Hiduplah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti akan mati.
Cintailah siapa saja yang kamu sayangi, sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya.
Lakukan apa saja yang kamu kehendaki, sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya. 
Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan" 
 ~ ( IBNU ABBAS) ~




Sunday, March 25, 2012

~ HATI ~


HATI.
ringkas dan padat
pelbagai andaian yang mampu dibuat
untuk apa
untuk apa semua ini.

Bicara mengenai hati
si A cakap begitu
si B cakap begini
begitu dan begini
apa sebenarnya " HATI".

Bilang samaku,
apa itu ' HATI ' 
adakah hanya berkaitan dengan cinta
adakah berkaitan hidup dan mati 
semuanya ada definisi yang tersendiri
periharalah ' HATI ' 
untuk cinta 
untuk hidup dan mati.