Assalamualaikum ayiesha nabiela

salji

1

tanda love

Angel Wing Heart

monyet teropong

Saturday, December 24, 2011

~ Bila Saya Bercerita ~

Assalamualaikum..
Lama saya tidak meng'update' blog ni..maaf sangat-sangat. Bila baca blog dari teman seperjuangan, saya turut terpanggil untuk membuat cetusan bicara saya sendiri. Alhamdulillah,dengan jayanya saya telah tamat menuntut selamanya 1 tahun 30 bulan sebagai pelajar di tingkatan 6 pada 14 Disember 2011. Saya akui, sepanjang saya berada di SMKSE walaupun singkat namun, tercoret 1001 kenangan yang sukar dilupakan. Pelbagai kisah suka , duka dan telatah meng'gila' berlaku antara kami semua. Tak lupa kejadian yang paling lucu dalam hidup saya yang pernah berlaku iaitu pada 09/11/2011. Saya lupa bawa beg ke sekolah. !!! Apa la yang saya fikirkan ye ketika itu sampai beg pun lupa bawa. Budak tadika pun ingat. Serius, kenangan ini semua tidak dapat dijual beli dimana mahupun di Pavilion. Disaat suka duka kita sentiasa bersama. Walaupun kita dipertemukan dalam masa yang singkat, percayalah ikatan antara kita mempunyai daya ketahanan yang kuat tidak lupa juga para pengajar yang tak pernah jemu menjadikan putera puteri mereka berjaya.
     
     Kepada Puan Solehah (guru Bahasa Malaysia merangkap penolong tingkatan 6), walaupun pertemuan kita hanya sementara, percayalah kekuatan yang anda berikan tetap utuh dalam semangat saya. Maafkan diriku kerana basahkan diri anda dengan tangisan saya tempoh hari. Sesungguhnya saya perlukan seseorang pada saat dan ketika itu. Puan Norizan (guru subjek Sejarah Malaysia & Asia), saya kagum dengan anda. Anda sanggup tanggguhkan perpindahan anda sebanyak dua kali demi kami semua. Pada mulanya memang saya agak 'gerun' dengan subjek SEJARAH, mau taknya dalam SPM subjek sejarah hanya biasa-biasa sahaja walaupun dengan gred kepujian ini kan pula dalam STPM. Tetapi, dengan kesungguhan beliau, saya mula tertarik dengan subjek sejarah dan menjadi 'fanatik' dengan sejarah. Puan Nurul Huda (guru subjek Sejarah Tamadun Dunia & Tamadun Islam), anda amat saya hormati. Keramahannya membuatkan kami semua   teramat rapat dengan anda. Seakan-akan baru semalam terasa masakan yang beliau hidangkan, semestinya  menyelerakan, mana tak nya berkali-kali menambah. Puan Norizan dan Puan Nurul Huda, membuka mata saya tentang Sejarah yang sebelum ini buta sejarah.  ''Cikgu, Nabila tak penah gagalkan dalam subjek sejarah kn''. Encik Sivaji (guru Pengajian Am), anda ibarat 'google' !! apa sahaja yang ditanya dan tak diketahui ada sahaja jawapan dan pengerangan dari anda. Kelas pengjian am, sentiasa riuh dan hepy tak penah ada tension-tension. Tapi kerja yang dibuat sentiasa siap terutama time pengetua nak semak fail tugasan..hehehe.. Rindu sangat masa ini, tapi tak akan dapat lagi.. Cik Tan Phaik Sim (guru Pengajian Perniagaan), anda terlalu istimewa!! Keadaan anda tidak sedikit pun membantutkan anda untuk mendidik  kami memperoleh kejayaan, Maaf ye cikgu sebab saya sangat lemah dalam subjek ini tapi tak teruk sangat kan dan boleh ditingkatkan dari semasa ke semasa.=)  Kelas ada antara yang paling serius tapi pada waktu tertentu sahajakan. Nota PP memang paling banyak, saya nak bawak pergi kelas pun penuh raga motor. Tapi bila baca memang teringat-teringat cikgu mengajar. Kawan-kawan ku, mesti ingat lagi kan apa itu 'copy cat, copy queen, copy chicken, KJ dan TR'. Best sangat time ni.  Akhir sekali, Cikgu Aida (guru Bahasa Malaysia menggantikan Pn. Solehah yang berpindah). Walaupun kita berkenalan hanya beberapa bulan sahaja, namun perhubungan kita ibarat bertahun-tahun sudah mengenali. Cikgu sangat sporting dan happening!! =) . Time bergosip,kita sama-sama bergosip. Time belajar, kita sama-sama serius. Jarak umur yang tidak jauh merapatkan lagi hubungan kita. Setiap hari ada saja cerita.  Best sangat time ni kan..Kalaulah boleh undur. 

      Di sekolah SMKSE ini jugalah berakhirnya perkhidmatan saya sebagai Pengawas Pusat Sumber yang  saya pegang dengan penuh tanggungjawab sejak saya dibangku sekolah rendah lagi. Di SK Seri Tasek saya memegang jawatan pengawas pusat sumber sekolah (pss) dari darjah 3 hingga 6. Setelah saya menuntut di SMK TASEK pada 2005 hingga 2009, saya dilantik menjadi pengawas pss semasa di tingkatan 1 hingga 5. Kiranya dari darjah 3 hingga lah tingkatan 5 saya memakai uniform berwarna ungu dan sejujurnya saya masih menyimpan uniform ini sehingga sekarang. Saya ingin mengabadikan kenangan itu.  Seterusnya, apabila saya melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 pada 2010-2011, saya sekali lagi dilantik menjadi pengawas pss. Kiranya memang muka pss ja la ni tapi kadang-kadang liat juga nak pergi bertugas. HEHEHE. Best kan time ini. Kalau lah boleh undurkan. Kalau sukan pula BOLA JARING menjadi pilihan utama saya sejak dari sekolah rendah sehingga tingkatan 5. Tingkatan 6 saya pencen dah cuma bertanding dalam sekolah yang melibatkan rumah sukan juga. Tahun kegemilangan saya sewaktu menjadi pemain bola jaring sekitar tahun 2005-2009. Kejayaan di luar jangkaan yang pada awalnya ditahap yang lemah. Kehadiran Makcik Murni sebagai guru bola jaring sangat dihormati. Tegas, itulah dia. Kadang-kala menjadi sahabat kepada kami. Kejayaan tertinggi yang diperoleh  oleh skuad kami iaitu menjadi Naib johan bagi Daerah Seberang Prai Selatan. Memang seronok sangat time ini dan berbaloi kena denda lagi ber'round-round' padang sekolah yang ala-ala stadium tu. Dalam acara merentas desa juga saya tidak terkecuali. Tapi tak sehebat pencapaian yang lain. Walaupun berat ketika itu antara 49-55 kg, saya masih bersemangat nak lari walaupun agak termengah-mengah juga la. Medal pencapaian tetap peroleh dalm pencapaian nom. 1 -15, saya kutip yang agak hujung-hujung sedikit..hehehe..  Tapi kenangan tinggal kenangan. Seterusnya, dalam persatuan unit beruniform dari darjah 3 sehingga tingkatan 2 saya terlibat dengan Puteri Islam. Kemudian  di tingkatan 3 hingga 6 saya terlibat dengan Kadet Remaja Sekolah (KRS). Pengalaman banyak mengajar saya. Pada tahun 2009, sewaktu saya ditingkatan 5, uniform persatuan diberikan secara percuma kepada setiap pelajar yang terpilih. Oleh yang demikian, pihak pentadbir sekolah meminta pelajarnya terlibat dalam Pertandingan Kawad Kaki peringkat daerah yang berlangsung di Stadium Batu Kawan. Ya Allah, itu yang mampu terucap. Bebanan sangat berat perlu dipikul memandangkan pada tahun ini juga la saya akan menduduki SPM. Demi tanggungjawab  dan harapan sekolah, kami semua menyahut cabaran. Kulit menjadi hitam pekat tanpa gula sebagai pemanis. Itu yang berlaku. Disiplin yang tinggi sangat-sangat di utamakan !!  ketuk-ketampi, 'pumping'(maaf kalau salah mengeja), lompat bintang sudah jadi kebiasaan. Ada ketikanya  sehingga suara saya tiada terus hanya bahasa isyarat menjadi pengantar. Dimarahi & didenda sudah jadi lumrah. Suara-suara yang sumbang merendahkan skuad kami menjadi semangat yang membara. Itu semua dugaan yang mesti ditempuh. Kini,tiba masanya di hari pertandingan. Berbekalkan semangat dan keyakinan kami menjunjung tanggungjawab dengan jayanya. Arhh, satu bebanan telah dilunaskan. Pengumam pemenang merupakan saat-saat dinantikan dibawah terik matahari tanpa pelindungan dari khemah-khemah mahupun payung apatah lagi 'aircond'. TEMPAT KETIGA bagi pasukan wanita KRS daerah S.P.S dimenangi oleh pasukan KADET REMAJA SEKOLAH SMK TASEK !!!! Seakan-akan mau jadi tarzan dan siamang aku nak jerit-jerit ketika itu. Terima kasih kepada pihak-pihak yang meremeh-remehkan kebolehan kami. Kau ada menang ka??. Penari sekolah, ahli aerobik time ada hari-hari penting berkaitan sukan dan ahli kumpulan nasyid sekolah pasti muka aku yang terlibat di SMK TASEK . Kalau penari sekolah, pelbagai tarian telah dipersembahkan tapi ikut situasi sebagai seorang pelajar la. Inang, zapin, ngiluk, boria, ala-ala arab, tarian India dan macam-macam lagi. Tapi tak la power sangat pun. Pengajar tarian kami  memang serba boleh. Lakonan, nyanyian, tarian dan seni lukis memang beliau akan dicari. Dalam asyik menjadi penari sekolah, tawaran mewakili pasukan sekolah dalam pertandingan nasyid buat pertama kalinya disertai. Walaupun tidak memperoleh kemenangan tapi yang penting pengalaman itu tetap saya peroleh. 


 
Tahun 2009
Kelas 5 Reka Cipta
SMK Tasek



Tahun 2008
Kelas 4 Reka cipta
SMK Tasek

Persembahan Koir


Penyampaian hadiah 
Acara merentas desa
SMK Tasek


                                                                       Tahun 2011
Kelas Bahasa Malaysia bersama Pn. Solehah
SMK Simpang Empat


Pasukan rumah Merah
tahun 2011
SMK Simpang Empat



Menjamu selera di rumah Ustazah Nurul Huda
tahun 2011

PUTERI-PUTERI TINGKATAN 6
SMKSE 2011


Kini,segalanya telah berlalu dan tersimpan kemas sebagai kenangan abadi seumur hidup. Beberapa hari saja lagi umur saya dah nak masuk 2o tahun, dah tak da belas-belas dah. Rindu sangatkan zaman-zaman sebelum ini. Pengalaman dan pengetahuan  yang diperoleh sebelum ini telah mematangkan diri saya sekarang. Yang paling ketara pada wajah  saya yang tidak menampakkan umur saya yang sebenarnya baru 19 tahun. Betul ke apa yang saya cakap ni?? Sesungguhnya, apa yang kita rancang sekarang adalah apa yang kita mahukan pada masa hadapan. Diharapkan semoga masa hadapan saya di sinari cahaya kejayaan dan kebahagiaan didunia dan diakhirat. Amin... Buat individu dan pihak yang telah terlibat dalam mewarnai hidup saya sejak lahir hingga lah sekarang, ribuan Terima Kasih diucapkan. Hargai apa yang kita ada dan peroleh pada masa sekarang kelak kita akan menyesalinya jika apa yang kita peroleh tidak dihargai sebaik mungkin.. Semoga Allah merahmati kita semua.. Amin... (^_^)







Wednesday, December 7, 2011


..PERGI TANPA ALASAN..
aku mencintaimu bagaikan langit memeluk bintang

aku lukiskan cinta di hati tak terbatas lagi



aku mencintaimu bagaikan langit memeluk bintang
aku lukiskan cinta di hati tak terbatas lagi
cinta yang dulu bersemi kini menjadi masa laluku
hatiku hancur tiada berkeping bagaikan segelintir debu

kepergianmu tanpa alasan yang pasti

kau buat hatiku kini lemah tak berdaya

semakin hancur hatiku ini tanpamu

ku tak bisa berdiri tegak dan bernafas lega

kepergianmu tanpa alasan yang pasti

kau buat hatiku kini lemah tak berdaya

semakin hancur hatiku ini tanpamu

ku tak bisa berdiri tegak dan bernafas lega

semakin hancur hatiku ini tanpamu

ku tak bisa berdiri tegak dan bernafas lega..

~ JIKA AKU JATUH CINTA ~


YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH CINTA,
CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG ,
YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA-MU,
AGAR BERTAMBAH KEKUATAN KU UNTUK MENCINTAI-MU.

YA MUHAIMIN.
JIKA AKU JATUH HATI,
IZINKANLAH AKU MENYENTUH HATI,
SESEORANG YANG HATINYA TERTAUT PADA-MU,
AGAR TIDAK JATUH AKU KE DALAM JURANG CINTA NAFSU.

YA RABBANA.
JIKA AKU JATUH HATI,
JAGALAH HATIKU KEPADANYA,
AGAR TIDAK BERPALING DARI HATI-MU.

YA RABBUL IZZATI
JIKA AKU RINDU,
RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG ,
YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.

YA ALLAH.
JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,
JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN,
INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIRMU.

YA ALLAH.
JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,
JANGAN BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH,
DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.

YA ALLAH.
JIKA KAU HALALKAN,
AKU MERINDUI KEKASIH-MU,
JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA,
MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI,
DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU..





Monday, December 5, 2011

'' AKU & DIA DAH PUTUS ''


Assalamualaikum
“aku dan dia dah putus…”
“kenapa?”
“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”
“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”
“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”
“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”
selepas setahun.
“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”
“kenapa? apa yang dah jadi…?”
“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”
“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”
“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka.  rabak. koyak. patah….”
“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”
“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”
.
beberapa bulan kemudian
“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”
“kau ada jawapan?”
…senyum “ada…mudah.”
“apa dia?”
“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”
“kongsi lah…”
“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”
“maksud kau?”
“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”
“teruskan aku dengar…”
“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.
Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”
“so sekarang?”
“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”
“lelaki?cinta?”
“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”
“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”
“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.
Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur :) ”
p/s :  Semoga bermanfaat :)
MANUSIA : BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi  tak belajar dari pengalaman orang lain BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….


Sumber: http://akuislam.com/blog/contest-aku-islam/aku-dia-dah-putus/#ixzz1feuW6zLJ

Sunday, December 4, 2011

~ Apabila Meminati Seseorang ~


"Senyum je memanjang...ade ingat kat sesape ke?" Tegur kawanku. Aku tak perasan pulak sejak bila dia tenung aku.
"Ehhh... Zatel. Hehehe.... takdelah. Teringat sesuatu je." Balasku tersipu-sipu sambil membelek buku dengan otak yang kosong.
Entahlah. Sejak semenjak ini aku tidak tahu apa yang sedang bermain di kotak fikiran. Melayang entah ke mana. Ada sesuatu yang telah mencuit hati dan perhatianku. Walaupun terasa gatal menyibukkan diri dengan tugasan amanah tetapi tanpa diundang bayangan tersebut sering juga muncul dengan muka tidak tahu malunya.
"Hemmm...... aku tak tahulah kenapa dengan aku sejak akhir-akhir ini. Aku tak pasti apa puncanya." Luah hatiku dengan nada yang lemah.
"Kau kenapa? Cuba kau 'cer citer ckit' bagi aku paham. Ada masalah hati ehhh?"
"Ish kau ni! Cepat saja menekanya. Entahlah Zatel... aku rasa aku macam dah minat 'somebody'. Walaupun pernah berjumpa dan berbincang semeja sebelum ini, tapi aku dapat rasakan sesuatu selepas berjumpa dengan dia di dalam program aritu. Lepas balik je program tu aku macam nak tahu lebih dalam pasal dia. Aku selidik biodata dia dan apa kesukaannya. Tapi bukan tahap angau lagi ye."
"Aiwahhh.... Ustazah Rahmah dah jatuh cinta ke? Milik kepunyaan siapakah hatimu wahai sahabatku? Hehe.."
"Aku tak jatuh cintalah. Aku cuma minat je. Tapi bila aku fikir fikir balik, salahkah perasaan aku ini, Zatel?"
"Adusssss....... soal hati ini aku payah sikit nak jawab. Bukan apa, aku takda pengalaman la. Tapi yang aku yakin, kalau perasaan tu suci kerana Allah SWT bukan bersadurkan pandangan nafsu, rupa, material mahu pun duniawi.. 'tafaddhol masykura ya ukhti' ".
"Aku sendiri konfius dengan perasaan aku lagi. Aku tak nak lah perasaan ini menjadi permainan syaitan sehinggakan mengganggu kekhusyukkan solat dan ibadah aku. Aku nak ia suci supaya ada keberkatan dan keredhan Ilahi. Bagaimana harus untuk aku uruskan perasaan ini?"
************************
Dilema?
Sama ada untuk melayan perasaan tersebut dan meneruskan bayangan yang tak pernah muncul?
ATAU
Mengambil langkah berani dengan mencari orang tengah yang paling beriman dan dipercayai?
ATAU
Melupakan sahaja dengan menyibukkan diri dan fokus apa yang lebih penting?
**********************
Apa pilihannya? Keliru?
Ber'syura'lah. Berbincang elok-elok dengan orang yang paling dekat dengan kita, yang dalam ilmu dan pengalamannya. Arif dan alim tentang kemahirannya.
Selepas keputusan diputuskan bersama-sama, walau apapun pilihannya; ber-istikharahlah. Mohon Allah redhai setiap keputusan yang telah kita buat.
Apa yang penting?
Kesucian jiwa. 
"Benar-benar beruntunglah orang-orang yang suka mensucikan jiwanya. Dan benar-benar rugilah orang-orang yang gemar mengotorkan jiwanya." (Asy-Syams: 9-10)
Percayalah. Bahawa sesungguhnya mensucikan jiwa itu tugas paling utama bagi umat manusia yang dibawa oleh Rasullah SAW yang diutuskan oleh Allah.
Kesucian jiwa itulah tujuan utama bagi semua orang yang bertaqwa serta beriman kepada Allah. Bagi seseorang yang beroleh keselamatan dan kebahagiaan atau pun kesengsaraan. Dan kecelakaan di sisi Allah Taala itupun tergantung kepada kesucian atau kekotoran jiwa yang ada di dalam diri manusia itu sendiri.
Hanya Allah yang akan memberi penilaian namun kita wajib berusaha untuk mendapat penilaian yang baik dari Allah dengan izin dan kehendaknya.
***********************
Namun, andai kata kita sudah berusaha bersungguh-sungguh tetapi kesudahannya kita tetap dikecewakan. Bertabahlah! Itulah namanya kehidupan. dikecewakan dan mengecewakan. Dilukai dan melukai.

~ PENGiSiAN HATi ~

Temanku tersayang,
Renungilah sebiji cawan
Jika tidak dituang air
Molekul udara memenuhinya
Begitu juga diri kita 
Jika tidak diisi iman
Masuklah syaitan bermaharajalela
Diri kita perlu pengisian
Dengan ilmu dan agama
Agar hidup dekat dengan-NYA
Barulah hatimu tenang bahagia.



Saturday, December 3, 2011

~~ CINTA HATI SAYA ~~


ASSALAMUALAIKUM...
Taraaaaaaaaaa...Ni la cinta hati saya...saya mula sayang objek ni start dari saya darjah 6..Tapi faham-faham je la kalu budak UPSR tulis diari macam mana..Bila baca sekarang,rasa lucu la pula tengok tulisan dulu-dulu macam cakar ayam..hehehe...Gaya bahasa time tu x la berbunga-bunga macam sekarang..Ewah-ewah!!..Kemain lagi dia ye..Diari pertama saya yang warna hijau tu..yang ada gambar budak tu..Gambar tu masa saya umur 5 tahun..Saya potong kecik dan lekat kt diari..Biasa la budak-budak sekolah rendah memang suka potong dan gam ni tambah-tambah lagi kalu bab-bab mewarna ni...Tapi serius !! Saya memang tak pandai melukis tapi suka tegok orang melukis..hehehe...

Diari ke-2 saya yang atas belah kanan tu...Lepas dah penuh tulis kt diari hijau tu saya sambung kt diari tu la..Diari ni simple ja..Saya beli buku nota yang kulit tebal tu dan balut dengan kertas membalut yang comel-comel siap ada bear-bear dan love lagi..ye la time ni dah start sek menengah..Segala suka dan duka dicurahkan di sini..Tulis punya tulis alamaakkk !!! dah habis la...

So macam biasa la saya buat macam diari ke-2 tadi, saya beli pembalut yang sama (cari merata tempat nak bagi sama jugak)..Alhamdulillah jumpa juga..Diari ke-3 saya ni lebih tebal dari diari ke-2..Saja beli tebal-tebal nanti tak payah tukar banyak-banyak kali..Diari ke-3 saya yang atas sebelah kiri tu..hehee...Tapi al maklumlah kadang-kadang terlalu sibok tak sempat tulis jugak la..Kalu time free lak macam-macam yang ditulis sampai bermuka-muka tambahan lagi kalu hati tengah bahagia..Weeeeeee =)  Segala kisah-kisah sedih, kena marah, jatuh beskal, harapan utk kawan-kawan, lupa bawak beg g sekolah, cerita masa nakal-nakal dulu tapi Alhamdulillah sekarang x nakal dah dan macam-macam  ada la.. hehehe... Coretan cinta buah hati, jatuh hati, ambik hati, buang hati,jumpa hati pn ada.. (pelik bebenor ayat nye)...

Kadang-kadang boleh gelak guling-guling bila baca balik zaman lampau dulu..tak sangka sangat..Sekarang dah 19 tahun berbulan dan tak lama lagi dah nak masuk 20 tahun... " Mak oiii,anak mak nak masuk 20 tahun dahhhhh''..tapi perangai macam budak-budak lagi tapi adakalanya matang beb !!! hehehe...Ok lah sampai di sini sajalah warkah saya.. Doakan kebahagiaan saya didunia dan diAkhirat ye... Saya juga berdoa semoga semua orang di sekeliling saya turut merasakan kebahagiaan didunia dan akhirat.. AMIN..........


Friday, December 2, 2011

~~ Petanda ~~

02 / 12 / 2011

Kenapa ni!!! dah 2 hari aku  termimpi-mimpikan dia.. Memang mimpi mainan tidur tapi..... Petanda baik ke buruk ni.. Ya Allah mudah-mudahan kau lindungi hambamu ini.. Risau la plak.. Serius !!! Memang saya rindu dia.. 





Thursday, December 1, 2011

~~ Saya rindu awak !!! ~~

Hari yang lepas aku mimpi yang tragis-tragis belaka sampai nak tidur balik pn takot. Mungkin ada hikmahnya juga aku tak tidur lama2 sebab esoknya aku ada exam pengajian perniagaan..3 jam ja aku tidur. Akibat tak boleh tidur tu aku pun baca la sikit2 nota pp kan sementara menanti subuh. Sumpah !! memang takot mimpi aku tu..Nasib baik la hanya mimpi. Alhamdulillah aku masih bernyawa dan dan tak berada dalam situasi tu. Kawan aku cakap mungkin aku tidur x basuh kaki. Yup!! memang aku  tak basuh kaki, tapi aku sempat baca Ayat Kursi. 

30/ 11 / 2011
Hari ni sebelum tidur aku sempat berwuduk dan baca doa sebelum tido takut-takut mimpi ngeri lagi. So aku pun zzzzzzzZZZZZZZzzzzzz sampai subuh 01/ 12 /2011..


01/ 12 / 2011
Alhamdulillah aku masih bernyawa..Alamakk!! lupa wish birthday kat cik aten poppy..Maaf2 terlambat...Happy Birthday sayang =).. Syukur alhamdulillah. Aku mimpi indah sangat2 semalam rasa macam tak nak bangun dari tidur. Serius !!! aku memang rindu sangat2 kat dia tapi tak tau la pulak sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Walaupun kami jumpa SEKALI ja tu pun bukan face to face tapi dengan gambarnya sudah cukup bagi aku..Sampai sekarang pun kami belum berjumpa.. Tapi Alhamdulillah sebab hubungan kami masih bertahan walaupun jarang berhubung..Bersama dengan dia dalam mimpi pun sudah cukup bagi aku..Terasa  senyuman dia benar2 wujud. ~~ SAYA RINDU AWAK !!! ~~