Assalamualaikum ayiesha nabiela

salji

1

tanda love

Angel Wing Heart

monyet teropong

Saturday, December 24, 2011

~ Bila Saya Bercerita ~

Assalamualaikum..
Lama saya tidak meng'update' blog ni..maaf sangat-sangat. Bila baca blog dari teman seperjuangan, saya turut terpanggil untuk membuat cetusan bicara saya sendiri. Alhamdulillah,dengan jayanya saya telah tamat menuntut selamanya 1 tahun 30 bulan sebagai pelajar di tingkatan 6 pada 14 Disember 2011. Saya akui, sepanjang saya berada di SMKSE walaupun singkat namun, tercoret 1001 kenangan yang sukar dilupakan. Pelbagai kisah suka , duka dan telatah meng'gila' berlaku antara kami semua. Tak lupa kejadian yang paling lucu dalam hidup saya yang pernah berlaku iaitu pada 09/11/2011. Saya lupa bawa beg ke sekolah. !!! Apa la yang saya fikirkan ye ketika itu sampai beg pun lupa bawa. Budak tadika pun ingat. Serius, kenangan ini semua tidak dapat dijual beli dimana mahupun di Pavilion. Disaat suka duka kita sentiasa bersama. Walaupun kita dipertemukan dalam masa yang singkat, percayalah ikatan antara kita mempunyai daya ketahanan yang kuat tidak lupa juga para pengajar yang tak pernah jemu menjadikan putera puteri mereka berjaya.
     
     Kepada Puan Solehah (guru Bahasa Malaysia merangkap penolong tingkatan 6), walaupun pertemuan kita hanya sementara, percayalah kekuatan yang anda berikan tetap utuh dalam semangat saya. Maafkan diriku kerana basahkan diri anda dengan tangisan saya tempoh hari. Sesungguhnya saya perlukan seseorang pada saat dan ketika itu. Puan Norizan (guru subjek Sejarah Malaysia & Asia), saya kagum dengan anda. Anda sanggup tanggguhkan perpindahan anda sebanyak dua kali demi kami semua. Pada mulanya memang saya agak 'gerun' dengan subjek SEJARAH, mau taknya dalam SPM subjek sejarah hanya biasa-biasa sahaja walaupun dengan gred kepujian ini kan pula dalam STPM. Tetapi, dengan kesungguhan beliau, saya mula tertarik dengan subjek sejarah dan menjadi 'fanatik' dengan sejarah. Puan Nurul Huda (guru subjek Sejarah Tamadun Dunia & Tamadun Islam), anda amat saya hormati. Keramahannya membuatkan kami semua   teramat rapat dengan anda. Seakan-akan baru semalam terasa masakan yang beliau hidangkan, semestinya  menyelerakan, mana tak nya berkali-kali menambah. Puan Norizan dan Puan Nurul Huda, membuka mata saya tentang Sejarah yang sebelum ini buta sejarah.  ''Cikgu, Nabila tak penah gagalkan dalam subjek sejarah kn''. Encik Sivaji (guru Pengajian Am), anda ibarat 'google' !! apa sahaja yang ditanya dan tak diketahui ada sahaja jawapan dan pengerangan dari anda. Kelas pengjian am, sentiasa riuh dan hepy tak penah ada tension-tension. Tapi kerja yang dibuat sentiasa siap terutama time pengetua nak semak fail tugasan..hehehe.. Rindu sangat masa ini, tapi tak akan dapat lagi.. Cik Tan Phaik Sim (guru Pengajian Perniagaan), anda terlalu istimewa!! Keadaan anda tidak sedikit pun membantutkan anda untuk mendidik  kami memperoleh kejayaan, Maaf ye cikgu sebab saya sangat lemah dalam subjek ini tapi tak teruk sangat kan dan boleh ditingkatkan dari semasa ke semasa.=)  Kelas ada antara yang paling serius tapi pada waktu tertentu sahajakan. Nota PP memang paling banyak, saya nak bawak pergi kelas pun penuh raga motor. Tapi bila baca memang teringat-teringat cikgu mengajar. Kawan-kawan ku, mesti ingat lagi kan apa itu 'copy cat, copy queen, copy chicken, KJ dan TR'. Best sangat time ni.  Akhir sekali, Cikgu Aida (guru Bahasa Malaysia menggantikan Pn. Solehah yang berpindah). Walaupun kita berkenalan hanya beberapa bulan sahaja, namun perhubungan kita ibarat bertahun-tahun sudah mengenali. Cikgu sangat sporting dan happening!! =) . Time bergosip,kita sama-sama bergosip. Time belajar, kita sama-sama serius. Jarak umur yang tidak jauh merapatkan lagi hubungan kita. Setiap hari ada saja cerita.  Best sangat time ni kan..Kalaulah boleh undur. 

      Di sekolah SMKSE ini jugalah berakhirnya perkhidmatan saya sebagai Pengawas Pusat Sumber yang  saya pegang dengan penuh tanggungjawab sejak saya dibangku sekolah rendah lagi. Di SK Seri Tasek saya memegang jawatan pengawas pusat sumber sekolah (pss) dari darjah 3 hingga 6. Setelah saya menuntut di SMK TASEK pada 2005 hingga 2009, saya dilantik menjadi pengawas pss semasa di tingkatan 1 hingga 5. Kiranya dari darjah 3 hingga lah tingkatan 5 saya memakai uniform berwarna ungu dan sejujurnya saya masih menyimpan uniform ini sehingga sekarang. Saya ingin mengabadikan kenangan itu.  Seterusnya, apabila saya melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 pada 2010-2011, saya sekali lagi dilantik menjadi pengawas pss. Kiranya memang muka pss ja la ni tapi kadang-kadang liat juga nak pergi bertugas. HEHEHE. Best kan time ini. Kalau lah boleh undurkan. Kalau sukan pula BOLA JARING menjadi pilihan utama saya sejak dari sekolah rendah sehingga tingkatan 5. Tingkatan 6 saya pencen dah cuma bertanding dalam sekolah yang melibatkan rumah sukan juga. Tahun kegemilangan saya sewaktu menjadi pemain bola jaring sekitar tahun 2005-2009. Kejayaan di luar jangkaan yang pada awalnya ditahap yang lemah. Kehadiran Makcik Murni sebagai guru bola jaring sangat dihormati. Tegas, itulah dia. Kadang-kala menjadi sahabat kepada kami. Kejayaan tertinggi yang diperoleh  oleh skuad kami iaitu menjadi Naib johan bagi Daerah Seberang Prai Selatan. Memang seronok sangat time ini dan berbaloi kena denda lagi ber'round-round' padang sekolah yang ala-ala stadium tu. Dalam acara merentas desa juga saya tidak terkecuali. Tapi tak sehebat pencapaian yang lain. Walaupun berat ketika itu antara 49-55 kg, saya masih bersemangat nak lari walaupun agak termengah-mengah juga la. Medal pencapaian tetap peroleh dalm pencapaian nom. 1 -15, saya kutip yang agak hujung-hujung sedikit..hehehe..  Tapi kenangan tinggal kenangan. Seterusnya, dalam persatuan unit beruniform dari darjah 3 sehingga tingkatan 2 saya terlibat dengan Puteri Islam. Kemudian  di tingkatan 3 hingga 6 saya terlibat dengan Kadet Remaja Sekolah (KRS). Pengalaman banyak mengajar saya. Pada tahun 2009, sewaktu saya ditingkatan 5, uniform persatuan diberikan secara percuma kepada setiap pelajar yang terpilih. Oleh yang demikian, pihak pentadbir sekolah meminta pelajarnya terlibat dalam Pertandingan Kawad Kaki peringkat daerah yang berlangsung di Stadium Batu Kawan. Ya Allah, itu yang mampu terucap. Bebanan sangat berat perlu dipikul memandangkan pada tahun ini juga la saya akan menduduki SPM. Demi tanggungjawab  dan harapan sekolah, kami semua menyahut cabaran. Kulit menjadi hitam pekat tanpa gula sebagai pemanis. Itu yang berlaku. Disiplin yang tinggi sangat-sangat di utamakan !!  ketuk-ketampi, 'pumping'(maaf kalau salah mengeja), lompat bintang sudah jadi kebiasaan. Ada ketikanya  sehingga suara saya tiada terus hanya bahasa isyarat menjadi pengantar. Dimarahi & didenda sudah jadi lumrah. Suara-suara yang sumbang merendahkan skuad kami menjadi semangat yang membara. Itu semua dugaan yang mesti ditempuh. Kini,tiba masanya di hari pertandingan. Berbekalkan semangat dan keyakinan kami menjunjung tanggungjawab dengan jayanya. Arhh, satu bebanan telah dilunaskan. Pengumam pemenang merupakan saat-saat dinantikan dibawah terik matahari tanpa pelindungan dari khemah-khemah mahupun payung apatah lagi 'aircond'. TEMPAT KETIGA bagi pasukan wanita KRS daerah S.P.S dimenangi oleh pasukan KADET REMAJA SEKOLAH SMK TASEK !!!! Seakan-akan mau jadi tarzan dan siamang aku nak jerit-jerit ketika itu. Terima kasih kepada pihak-pihak yang meremeh-remehkan kebolehan kami. Kau ada menang ka??. Penari sekolah, ahli aerobik time ada hari-hari penting berkaitan sukan dan ahli kumpulan nasyid sekolah pasti muka aku yang terlibat di SMK TASEK . Kalau penari sekolah, pelbagai tarian telah dipersembahkan tapi ikut situasi sebagai seorang pelajar la. Inang, zapin, ngiluk, boria, ala-ala arab, tarian India dan macam-macam lagi. Tapi tak la power sangat pun. Pengajar tarian kami  memang serba boleh. Lakonan, nyanyian, tarian dan seni lukis memang beliau akan dicari. Dalam asyik menjadi penari sekolah, tawaran mewakili pasukan sekolah dalam pertandingan nasyid buat pertama kalinya disertai. Walaupun tidak memperoleh kemenangan tapi yang penting pengalaman itu tetap saya peroleh. 


 
Tahun 2009
Kelas 5 Reka Cipta
SMK Tasek



Tahun 2008
Kelas 4 Reka cipta
SMK Tasek

Persembahan Koir


Penyampaian hadiah 
Acara merentas desa
SMK Tasek


                                                                       Tahun 2011
Kelas Bahasa Malaysia bersama Pn. Solehah
SMK Simpang Empat


Pasukan rumah Merah
tahun 2011
SMK Simpang Empat



Menjamu selera di rumah Ustazah Nurul Huda
tahun 2011

PUTERI-PUTERI TINGKATAN 6
SMKSE 2011


Kini,segalanya telah berlalu dan tersimpan kemas sebagai kenangan abadi seumur hidup. Beberapa hari saja lagi umur saya dah nak masuk 2o tahun, dah tak da belas-belas dah. Rindu sangatkan zaman-zaman sebelum ini. Pengalaman dan pengetahuan  yang diperoleh sebelum ini telah mematangkan diri saya sekarang. Yang paling ketara pada wajah  saya yang tidak menampakkan umur saya yang sebenarnya baru 19 tahun. Betul ke apa yang saya cakap ni?? Sesungguhnya, apa yang kita rancang sekarang adalah apa yang kita mahukan pada masa hadapan. Diharapkan semoga masa hadapan saya di sinari cahaya kejayaan dan kebahagiaan didunia dan diakhirat. Amin... Buat individu dan pihak yang telah terlibat dalam mewarnai hidup saya sejak lahir hingga lah sekarang, ribuan Terima Kasih diucapkan. Hargai apa yang kita ada dan peroleh pada masa sekarang kelak kita akan menyesalinya jika apa yang kita peroleh tidak dihargai sebaik mungkin.. Semoga Allah merahmati kita semua.. Amin... (^_^)







No comments: